mStar: "Berita »
Isnin Februari 2, 2009
RM25 juta umpan BN pikat ADUN Pakatan?
UMPAN?... Ketua PKR Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda (kanan) menunjukkan surat akuan bersumpah mendakwa ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan ditawarkan ganjaran RM25 juta seorang untuk menyertai Barisan Nasional. Bersama beliau ialah Pengerusi PKR Perak Osman Abdul Rahman (tengah) dan ADUN Teja, Chang Lih Kang. - foto The Star oleh LEW YONG KAN
IPOH: Barisan Nasional (BN) umpan RM25 juta untuk memancing setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN dan Parlimen Pakatan Rakyat supaya melompat ke parti gabungan itu?
Begitulah dakwaan seorang ketua bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini bahawa jumlah tersebut ditawarkan oleh BN selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas.
Bagi Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Dr. Sivamurugan Pandian, dakwaan itu tidak logik kerana lebih baik BN menggunakan wang yang besar jumlahnya itu untuk projek yang membawa faedah dan manfaat kepada rakyat, terutama projek pembangunan yang akan memberi kelebihan kepada parti gabungan itu daripada membeli dua ADUN PR.
'Kenapa perlu menghabiskan RM50 juta untuk dua orang wakil rakyat? Ia perkara yang tidak rasional dan merupakan satu tuduhan liar oleh Pakatan terhadap BN, dan jika BN membuat tawaran sedemikian, ia memberikan imej negatif kepada parti gabu"
No comments:
Post a Comment